Undang-undang dan Perlembagaan bagi Pertubuhan Pedagang Logam Jentera dan Bahan-bahan Pembinaan Melaka (PPLJBPM)

 

1.NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Pedagang Logam Jentera dan Bahan-bahan Pembinaan Melaka (PPLJBPM).
Selepas ini disebut "Pertubuhan".

 

 

2. TEMPAT URUSAN

(i)Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah No. 275-A, Taman Asean, 75250 Melaka, Melaka Bandaraya Bersejarah dan alamat untuk surat-menyurat adalah No. 275-A, Taman Asean, 75250 Melaka, Melaka Bandaraya Bersejarah.

(ii)Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenarkan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

 

 

3. TUJUAN / MATLAMAT

(i)Mendorong dan memberi pandangan yang berfaedah serta mengeratkan perhubungan di antara ahli-ahli Pertubuhan.

(ii)Mengkaji.membantu dan mengatasi masalah ahli seperniagaan.

(iii)Mengatasi dan mengelakkan selisih faham antara ahli-ahli seperniagaan.

(iv)Menggalakkan dan memperkenalkan kepada ahli-ahli cara-cara untuk memajukan perniagaan.

(v)Menyampaikan perlembagaan, maklumat-maklumat kerajaan kepada ahli-ahli serta mematuhinya.

 

 

4. KEAHLIAN

(i) Semua warganegara Malaysia yang berumur diatas 18 tahun dan juga tinggal di Melaka yang telah berdaftar menjalankan perniagaan "Hardware" sahaja layak memohon untuk menjadi ahli dan bilangan ahli-ahli tidak dihadkan.

(ii) Seseorang pelajar Universiti atau Kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naik Canselor Universiti yang berkenaan.

(iii) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(iv) Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan bagi ahli seumur hidup mereka hanya perlu membayar yuran masuk sebanyak RM1,000.00 sekaligus sahaja. Manakala bagi ahli biasa mereka harus membayar yuran masuk sebanyak RM100.00 dan membayar yuran bulanan yang pertama sebayak RM10.00 sebelum diterima sebagai ahli yang sah. Selepas ini setiap bulan bagi ahli biasa dikehendaki membayarRM10.00 sebagai yuran bulanan.

 

 

5. PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(i)Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan mesti memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutang-hutangnya.

(ii)Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantungkan keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan menasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu mesti diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau pergantungan secara bertulis.

(iii)Ahli tersebut juga hendak diberi peluang menerangkan dan membela dirinya.Pemecatan atau penggantungan itu hendak dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agong menunda atau membatal keputusan itu, atas rayuan oreh ahli tersebut.

 

 

6.SUMBER KEWANGAN

(i) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut :-

(a) Bayaran masuk sebagai ahli biasa RM 100.00

(b) Yuran bulanan RM 10.00

(c) Yuran ahli seumur hidup RM1,000.00

(ii) Yuran-yuran bulanan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu didalam masa 10 hari dari awal tiap-tiap bulan.

(iii) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha, dan diberi tempoh 14 hari dari tarikh surat bagi menjelaskan bayarannya. Jika tidak, perkara ini akan dibawa ke mesyuarat bagi mempertikaikan keahliannya melainkan sekiranya beliau menjelaskan segala bayaran yang tertunggak.

(iv) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi enam bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Ahli Pertubuhan, dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(v) Jawatankuasa tidak mempunyai kuasa untuk mengubahkan pembayaran yuran melainkan setelah memdapat kelulusan atau sokongan dalam mesyuarat agong.

(vi) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agong ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir menjelaskan wang yuran tersebut didalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu akan diangkap sama seperti hutang yuran bulanaan.

 

 

7. Mesyuarat Agong

(i) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agong ahli-ahli. Sekurangnya daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi atau 2 kali jumlah ahli-ahli Jawatankuasa, ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam mesyuarat agong bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi bilangan (korum) untuk mesyuarat.

(ii) Mesyuarat Agong bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agong tahunan ialah:-

(a)Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja Pertubuhan di dalam tahun yang lalu;

(b)Menerima laporan Bendahari dan penyata wang yang telah diodit bagi tahun yang lalu;

(c)Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk 3 tahun yang akan datang;

(d)Menguruskan Iain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(iii)Ahli-ahli yang hendak mengubah peraturan dan perlembagaan Pertubuhan atau mengesyorkan pendapatnya maka dia hendak membawa pengesyorannya ke pejabat secara bertulis dalam tempoh masa 14 hari sebelum sesuatu mesyuarat itu diadakan.

(iv) Setiausaha akan menghantar surat notis kepada tiap-tiap ahli untuk memberitahu ahli-ahli menghadiri Mesyuarat Agong sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat agong tahunan diadakan, di samping itu mengumumkannya di dalam akhbar harian. Suatu pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat serta satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan berserta dengan penyata kira-kira pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diodit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat pertubuhan. Sekurangnya 2 kali jumlah ahli-ahli Jawatankuasa mesti hadir di dalam Mesyuarat Agong.

(v) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendak ditangguhkan kepada tempoh masa 7 hari daripada tarikh penangguhan mesyuarat tersebut pada masa dan tempat yang sama. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa mengubah perlembagaan Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(vi) Mesyuarat Agong Khas Bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:-

(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau

(b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis tidak kurang daripada 1/ 5 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakan.

(vii) Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendak diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(viii) Pengumuman dan ajenda untuk Mesyuarat Agong Khas itu hendak diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli Sekurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(ix) Fasal (i) dan (v) didalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan mesyuarat agong tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat agong khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang talah ditetapkan bagi mesyuarat agong khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini mesyuarat agong khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

 

 

8. Jawatankuasa

(i) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam mesyuarat agong tahunan:-

(a)Seorang Pengerusi

(b)Seorang Timbalan Pengerusi

(c)Tiga Orang Naib Pengerusi

(d)Seorang Setiausaha

(e)Seorang Penolong Setiausaha

(f)Seorang Bendahari

(g)Seorang Penolong Bendahari

(h)Seorang Pegawai Kebajikan

(i)Seorang Penolong Pegawai Kebajikan

(j)Seorang Pegawai Perhubungan Awam

(k)Seorang Penolong Pegawai Perhubungan Awam

(l)Seorang Pegawai Surat Menyurat Bahasa Cina

(m)Seorang Pegawai Surat Menyurat Bahasa Inggeris

(n)Dua Orang Pegawai Pemeriksa Kira-kira

(o)Lima Orang AJK Biasa

(ii) Pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam Pertubuhan ini mestilah Wargenegara Malaysia.

(iii) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli didalam mesyuarat agong tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap 3 tahun.

(iv) Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agong. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan mesyuarat agong. Jawatankuasa hendaklah memberi laporannya berkenaan kegiatan-kegiatan didalam tahun lalu kepada tiap-tiap mesyuarat agong tahunan.

(v) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang di pertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(vi) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa dengan surat. Syarat-syarat yang berikutan hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.

(a)Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam Surat Pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa;

(b)Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan

(c)Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui Surat Pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat

(d)Jawatankuasa kemudiannya untuk disahkan dan dicatitkan didalam peringatan mesyuarat.

 

 

9. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(i) Pengerusi, dalam masa jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agong dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawap atas kesempurnaan perjalaan semua mesyuarat. La mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan - peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. la hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

(ii) Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan yang Pengerusi semasa ketiadaannya.

(iii) Naib Pengerusi hendaklah membantu Timbalan Pengerusi menjalankan kerja-kerjanya.

(iv) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah mesyuarta agong dan menyimpan semua buku, surat dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama.umur, no.kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli. la hendaklah hadir didalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat. la hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah didalam masa 28 hari dari tarikh mesyuarat agong tahunan diadakan mengirim Penyata Tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 12(1) Akta Pertubuhan 1966.

(v) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

(vi) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.la hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkarar kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

(vii) Penolong Bendahari hendak membantu Bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.

(viii) Pegawai Kebajikan mestilah menguruskan segala hal-hal ehwal yang dilulus atau disokong oleh Ahli-ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat agong.

(ix) Pegawai Perhubungan Awam pula menguruskan segala perhubungan dalam masyarakat luar atau di dalam Pertubuhan untuk faedah semua.

(x) Pegawai Surat-menyurat akan melaksanakan tugasnya dengan menulis atau membalas segala surat yang akan dikirim atau diterima daripada Pertubuhan-Pertubuhan lain,

(xi) Pegawai Pemeriksa Kira-kira akan menjalankan tugasnya dengan memeriksa kira-kira Pertubuhan pada bila-bila masa apabila dikehendaki oleh Pengerusi dan juga mesti memeriksa kira-kira Pertubuhan pada akhir tahun.

(xii) Ahli-ahli Biasa adalah menjalankan tugas mereka masing-masing dengan secara sukarela sahaja. Semua Ahli-ahli Jawatankuasa hanya dipilih untuk menjalankan tugasnya dalam tempoh jangkamasa 3 tahun sahaja.

 

 

10. KEWANGAN

(i) Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi perlembagaan ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan tetapi walau bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukum di Mahkamah.

(ii) Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM1,000.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang disetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

(iii) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Kerana ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

(iv) Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agong terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.

(v) Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira mengikut perlembagaan 11, dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diodit itu hendak dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agong tahunan yang berikutan, dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat bagi Pertubuhan. Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1 hb Januari dan berakhir pada 31 hb Disember tiap-tiap tahun.

 

 

11. JURUAUDIT

(i) Dua orang yang bukannya pegawai-pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam mesyuarat agon tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehurmat. Mereka akan memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh dilantik semula.

(ii) Pemeriksa-pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agong. Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan-jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

 

 

12. PENTADBIR HARTA

(i) Harta yang tidak boleh dialih bagi Pertubuhan hendaklah didaftar atas nama Pertubuhan dan segala suratcara yang berkaitan dengan harta itu adalah sah dan berkuatkuasa seolah-olah suratcara itu telah disempurnakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat bahawa suratcara itu disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan Pertubuhan ini yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa itu dan pelantikan mereka adalah disahkan oleh satu perakuan daripada Pendaftar Pertubuhan dan dimenterikan dengan menteri Pertubuhan.

(ii)Segala hak milik Pertubuhan tidak dibenar jual, ditarik balik atau dipindah hak milik dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agong Pertubuhan.

 

 

13. TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

(i) Di antara mesyuarat-mesyuarat agong. Jawatankuasa boleh memberikan taksirannya kepada undang undang ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini.

(ii) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalammesyuarat agong, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agong.

 

 

14. PENASIHAT / PENAUNG

- Tidak berkenaan –

 

 

15. LARANGAN

(i) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto,Fan Tah, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu,Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasih.

(ii) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak boleh memcuba menghalang atau dengan apa cara juga menganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan didalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.

(iii) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawainya atau jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

(iv) Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberi oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahli Pertubuhan.

 

 

16. PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agong. Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada perlembagaan hendak dibuat kepada Pendaftar dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan hendak membuat perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

 

 

17. PEMBUBARAN

(i) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5 jumlah semua ahli.

(ii) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendak dijelaskan dan baki wang yangtinggal hendak diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agong

(iii) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendak disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.